MESYUARAT PEMBANGUNAN KEDIAMAN RASMI PEGAWAI DAERAH SERTA KUARTERS-KUARTERS KERAJAAN BERKAITAN DALAM DAERAH KUALA MUDA

MESYUARAT PEMBANGUNAN KEDIAMAN RASMI PEGAWAI DAERAH SERTA KUARTERS-KUARTERS KERAJAAN BERKAITAN DALAM DAERAH KUALA MUDA

KUALA MUDA , 3 Mac 2025 (Isnin) – Tuan Azmin Bin Zainol Abidin Pegawai Daerah Kuala Muda telah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Serta Kuarters-Kuarters Kerajaan Berkaitan Dalam Daerah Kuala Muda di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

Mesyuarat ini membincangkan mengenai cadangan permohonan tapak rumah kediaman rasmi pegawai daerah kuala muda dan empat unit rumah sesebuah kuarters kerajaan serta dua tapak kuarters kerajaan daerah kuala muda kedah darul aman.
Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Abdullah Sanie Bin Adnan, Setiausaha Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi, Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan dan Teknikal) En. Mohd Ikhmal Fikri Bin Amjad dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn