WALKABOUT PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA DI BAZAR RAMADAN
KUALA MUDA, 3 Mac 2025 (Isnin) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mengadakan ” Walkabout Pegawai Daerah Kuala Muda di Bazar Ramadan” di sekitar kawasan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
Sesi ‘walkabout’ di Bazar Ramadan adalah lawatan oleh pegawai kerajaan untuk memantau operasi bazar, memastikan kebersihan, keselamatan makanan, dan berinteraksi dengan peniaga serta pengunjung. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memastikan harga barang yang dijual adalah berpatutan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sesi walkabout ini penting untuk memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, menjaga kebersihan, dan menyediakan makanan yang selamat untuk pengguna. Ia juga memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk berinteraksi dengan masyarakat dan mendengar maklum balas mereka mengenai operasi bazar Ramadan.
Turut hadir bersama dengan walkabout ini ialah Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda Dr. Suziana Redzuan , Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar, Penghulu Mukim Sungai Petani En. Jamani Bin Jamaludin, Wakil MPSPK , Ahli Majlis, Pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.


