MAJLIS KURNIAAN KELUARGA DIRAJA SULTAN KEDAH DARUL AMAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN KEDAH SEJAHTERA BAGI DAERAH PENDANG 2025
17 Mac 2025 (Isnin) – Majlis Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Kedah Darul Aman dan Majlis Sambungan Bantuan Kedah Sejahtera Daerah Pendang sempena bulan Ramadan telah berjaya dilaksanakan di Dewan Cenderawasih pada pukul 8.00 pagi dengan sambutan yang amat menggalakkan.
Dalam majlis yang sama turut diadakan Majlis Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Kedah Darul Aman yang menyaksikan pemberian bantuan kepada 100 penerima yang memerlukan. Selain itu, turut berlangsung Majlis Sumbangan Bantuan Kedah Sejahtera Daerah Pendang yang melibatkan 60 penerima yang layak.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti YB Dato’ ADUN Tokai dan YB Tuan ADUN Sungai Tiang.Penyampaian sumbangan turut diberikan kepada penerima yang layak.
Majlis ini turut dihadiri oleh KPPD Kanan (Pengurusan Tanah) Encik Muhammad Hamdi bin Abdullah Zawawi, KPPD (Pembangunan) Puan NorFazni binti Mustafa, PPD (Pengurusan Daerah) Encik Mohd Zhafri bin Dato’ Haji Mohd Zohdi, PPD (Pendaftaran) Encik Mohamad Syafiq Shalihin bin Mohamad Noor, Executive Officer, penghulu serta urus setia yang terlibat.
Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan terus memperkukuhkan ikatan silaturahim dalam komuniti Daerah Pendang.