MESYUARAT WABAK DEMAM DENGGI TAMAN BANDAR BARU ZON 1 DAN TAMAN SEJATI INDAH ZON D
KUALA MUDA, 9 April 2025 (Rabu) – Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En Muhd Hairee Bin Mohkatar mewakili Pegawai Daerah Kuala Muda telah mempengerusikan Mesyuarat Wabak Demam Denggi Taman Bandar Baru Zon 1 dan Taman Sejati Indah Zon D di Bilik Mesyuarat Blok A Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
Mesyuarat ini membincangkan mengenai cadangan dan tindakan serta aktiviti kawalan dan pencegahan seperti gotong-royong perdana dan fogging oleh pihak berkuasa pada waktu berkala. Bukan itu sahaja, mesyuarat ini juga menitikberatkan kerjasama komuniti untuk memeriksa dan membersihkan kawasan rumah setiap hari untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes di longkang tersumbat dan halaman rumah tidak di jaga.



Views Today : 3019
Total views : 4251644



