MAJLIS PECAH TANAH TAPAK MASJID KARIAH BANDAR SERI ASTANA DAN JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 1446H/2025M
KUALA MUDA, 26 April 2025 (Sabtu) – Mufti Negeri Kedah Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bagi Pembinaan Masjid dan Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1446H/2025M yang diadakan di Tapak Masjid, Masjid Kariah Bandar Seri Astana (Surau As-Salam) Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Program Pecah Tanah Tapak Masjid dan jamuan sambutan hari raya ini menandakan permulaan pembinaan masjid sebagai pusat ibadah, pendidikan, dan aktiviti sosial umat Islam serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya masjid dalam membina komuniti Islam yang kuat. Selain itu, dapat menghidupkan sunnah, mengeratkan perpaduan, mewujudkan suasana ceria serta menghargai pengorbanan dan sumbangan ahli kariah serta mengenang jasa pemimpin dan tokoh masyarakat.



Views Today : 1137
Total views : 4252977



