πΌπ°πΉπ»πΈπ πΏπ΄π½πΆπππ½πΈπ°π°π½ π³π°π½ πππΌπ±π°π½πΆπ°π½ π°πΈπ³πΈπ»π°π³π·π° ππ°ππ°ππ°π½ π°π½π°πΊ-π°π½π°πΊ ππ°ππΈπΌ πππ»ππ°π½π°π· π·π°πΌπΈπ½π°π·
KUALA MUDA, 03 Jun 2025 (Selasa) – Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Aidiladha Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah telah diadakan di Dewan Banquet Aras 6 Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Majlis ini diadakan sebagai salah satu usaha murni yayasan dalam menyantuni golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan asnaf, agar mereka turut merasai kegembiraan dan kemuliaan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba.
Aidiladha bukan sekadar hari raya ibadah korban, tetapi juga simbol pengorbanan, kasih sayang dan kepedulian sesama insan. Semangat inilah yang menjadi teras kepada penganjuran majlis pada hari ini agar kita sama-sama dapat menghulur tangan, berkongsi rezeki dan menzahirkan kasih sayang dalam bentuk yang memberi makna kepada mereka yang memerlukan.
Sesungguhnya, pengurniaan dan penyampaian sumbangan ini tidak hanya berbentuk material semata-mata, malah menjadi manifestasi kasih sayang dan keprihatinan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah terhadap kebajikan anak-anak yatim yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial kita bersama.
Turut hadir bersama dengan majlis ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Yang DiPertua Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Puan Syafinaz Binti Mohd Said, Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan dan Teknikal) En Mohd Ikhmal Fikri Bin Amjad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En Muhd Hairee Bin Mohkatar, Penolong Pegawai Daerah (Hasil) En Abu Hurairah Bin Mohd Asri Redha, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.







Views Today : 2649
Total views : 4254489



