KEJOHANAN MUAYTHAI SUNGAI PETANI BAGI PIALA PEGAWAI DAERAH DAN PRA PEMILIHAN SUKMA NEGERI KEDAH

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

KEJOHANAN MUAYTHAI SUNGAI PETANI BAGI PIALA PEGAWAI DAERAH DAN PRA PEMILIHAN SUKMA NEGERI KEDAH

KUALA MUDA ,13 & 14 Jun 2025 (Jumaat & Sabtu) – Kejohanan Muaythai Sungai Petani Bagi Piala Pegawai Daerah dan Pra Pemilihan Sukma Negeri Kedah telah berlangsung di Dataran Jam Besar (Zero) Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga menyatukan komuniti belia melalui disiplin, keberanian dan semangat kesukanan.
Sukan Muaythai merupakan seni bela diri yang semakin mendapat tempat dalam kalangan belia Malaysia. Ia bukan sahaja melibatkan kekuatan fizikal, malah menekankan aspek disiplin, strategi dan keberanian. Bagi memperkasakan perkembangan sukan ini, Persatuan Muaythai Kedah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta beberapa agensi tempatan bertujuan menjadi platform pertandingan yang sihat untuk para atlet Muaythai serta membuka peluang pencarian bakat baharu di peringkat akar umbi.
Turut hadir bersama dengan kejohanan ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Abdullah Sanie Bin Adnan, Wakil Majlis Sukan Negeri Kedah, Wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Wakil Persatuan Muaythai Malaysia dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn