MESYUARAT JAWATANKUASA PERTUBUHAN RUMAH ANAK YATIM DAERAH KUALA MUDA BIL 1 TAHUN 2025
KUALA MUDA, 16 Jun 2025 (Isnin) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin selaku Pengerusi Pertubuhan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda Bil 1 Tahun 2025 yang diadakan di Bilik Mesyuarat PRAYDKM Kampung Che Bema Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Mesyuarat ini membincangkan hala tuju Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda sebagai sebuah pertubuhan yang sah dari segi perundangan dan berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan serta menentukan struktur organisasi dan fungsi ahli jawatankuasa bagi pengurusan pertubuhan secara telus dan berkesan.
Selain itu, mesyuarat ini juga menyelaras pelan tindakan awal termasuk lokasi cadangan, sumber pembiayaan, perancangan kemudahan dan keperluan asas penghuni. Mesyuarat dihadiri oleh seluruh Ahli Jawatankuasa yang dilantik melalui Mesyuarat Agung tahunan yang lalu.





Views Today : 789
Total views : 4170334



