MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2025

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2025

KUALA MUDA, 04 Ogos 2025 (Isnin) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2025 di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras segala perancangan, pelaksanaan dan penglibatan jabatan serta agensi dalam penganjuran Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2025. Ia juga bagi memastikan segala aspek penganjuran termasuk logistik, pengisian program, keselamatan, promosi serta pengurusan penyertaan berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan keperluan logistik, kewangan, keselamatan dan promosi program serta menyemak dan mengesahkan lokasi, tarikh serta konsep sambutan yang dirancang.
Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Wakil PDRM Daerah Kuala Muda, Wakil Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Wakil Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda, Pegawai-Pegawai Jabatan dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn