Perhimpunan Agung PEMADAM Peringkat Kebangsaan kali ke 46 di Putrajaya

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

Perhimpunan Agung PEMADAM Peringkat Kebangsaan kali ke 46 di Putrajaya

Putrajaya, 11 Ogos 2025– Seramai lima orang perwakilan mewakili Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Pokok Sena telah menghadiri Perhimpunan Agung PEMADAM Peringkat Kebangsaan ke 46 yang berlangsung pada 10 hingga 11 Ogos 2025 di Putrajaya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Perhimpunan ini menjadi medan penting bagi membincangkan pelbagai agenda serta strategi baharu dalam usaha membanteras gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara.

Kehadiran perwakilan dari seluruh negara mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh peranan PEMADAM sebagai rakan strategik kerajaan dalam membanteras ancaman dadah, selaras dengan aspirasi negara menuju masyarakat bebas dadah.

advanced-floating-content-close-btn