LAWATAN TUAN PEGAWAI DAERAH KE KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD (KTPC)

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

LAWATAN TUAN PEGAWAI DAERAH KE KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD (KTPC)

 

KULIM,11/08/2025 – Tuan Pegawai Daerah Kulim hari ini telah melawat Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.) yang terletak di Kulim Hi – Tech Park.Lawatan Pegawai Daerah Kulim disambut oleh Y.Bhg. Dato Haji Mohd Sahil bin Zabidi (CEO KTPC) dan para Pegawai KTPC. Peranan KTPC ini cukup penting sebagai Pemaju dan Pengurus Kulim Hi – Tech Park (KHTP). Tanggungjawab KTPC juga memastikan KHTP terus menjadi hab berteknologi tinggi yang berjaya dan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Daerah Kulim dan juga Negeri Kedah Darul Aman secara keseluruhannya.
Terima kasih kepada Team KTPC, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan pembangunan KHTP ini akan terus cemerlang dan maju kehadapan.
advanced-floating-content-close-btn