MAJLIS SEKALUNG BUDI SETULUS INGATAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM
![]() |
![]() |
KULIM, 13/08/2025 (RABU) – Majlis Sekalung Budi Setulus Ingatan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim ini telah diadakan pada 13 Ogos 2025 jam 11.00 pagi bertempat di Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim.Majlis dimulakan dengan aluan Pengacara majlis dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Hasnizam bin Jahari (Penghulu Mukim Kulim).Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi Pegawai Daerah Kulim dan seterusnya ucapan tetamu yang diraikan iaitu tiga orang kakitangan yang akan bertukar ke jabatan lain, Encik Tajul Annuar bin Mohamed Yusuff (ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda), Encik Nazri bin Wasoh @ Mohamad Isa (ke Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu) dan Puan Nurul Ashiqin binti Amir Hamzah (ke JKR Kulim/Bandar Baharu) pada 17 Ogos 2025 ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada kakitangan yang akan bertukar ke tempat baharu.Kami seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada kakitangan yang terlibat. Semoga segala jasa bakti yang dicurahkan menjadi kenangan indah serta inspirasi kepada semua untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti.