MAJLIS PERASMIAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025
KUALA MUDA, 28 Ogos 2025 (Khamis) – Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor telah merasmikan Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 yang diadakan di Taman Jubli Emas Alor Setar Kedah Darul Aman.
Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 diadakan bertujuan untuk mengiktiraf, menghargai dan meraikan sumbangan golongan peladang, penternak dan nelayan dalam menjamin kelestarian sumber makanan serta memperkukuh sekuriti makanan negeri dan menjadi platform pertemuan, perkongsian ilmu dan teknologi terkini dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan.
Majlis ini juga menggalakkan inovasi, kreativiti serta daya saing dalam kalangan usahawan agro bagi meningkatkan hasil kualiti produk dan menyemarakkan semangat kerjasama serta sokongan berterusan antara kerajaan, agensi pelaksana, pengusaha serta komuniti setempat demi pembangunan sektor agro yang mampan.
Turut bersama dengan majlis ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar, Penghulu-Penghulu Daerah Kuala Muda dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.


Views Today : 2056
Total views : 4259468



