PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM DAN AMANAT PEGAWAI DAERAH KULIM

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM DAN AMANAT PEGAWAI DAERAH KULIM

 

02 πš‚π™΄π™Ώπšƒπ™΄π™Όπ™±π™΄πš 𝟸𝟢𝟸𝟻 | πš‚π™΄π™»π™°πš‚π™°
Majlis Perhimpunan Bulanan (September 2025) Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang berlangsung pada 7:30 pagi ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Kulim, Tuan Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi, selaku Ketua Jabatan, dan bersama seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.
Perhimpunan pagi ini telah diadakan tepat pada jam 7:30 pagi dan dimulakan dengan Pemeriksaan Barisan, Bacaan Doa, Lagu Negaraku, Lagu Allah Selamat Sultan, Bacaan Ikrar dan seterusnya Ucapan Pegawai Daerah Kulim.
Majlis ini menjadi platform penting bagi memperkukuh semangat kerja berpasukan, menyampaikan amanat kepimpinan serta mengukuhkan komitmen dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berintegriti kepada rakyat.
Tuan Pegawai Daerah turut menyampaikan amanat serta peringatan kepada semua kakitangan agar terus mengekalkan tahap profesionalisme, mempertingkat mutu perkhidmatan, serta sentiasa mendukung aspirasi kerajaan dalam tadbir urus daerah.
advanced-floating-content-close-btn