MAJLIS BACAAN YAASIN SEMPENA HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2025

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MAJLIS BACAAN YAASIN SEMPENA HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2025

KUALA MUDA, Majlis Bacaan Yaasin Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2025 telah diadakan pada 05 September 2025 (Jumaat) di Masjid Sultan Muzaffar Shah Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Majlis bacaan yaasin bertujuan untuk memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia serta mendoakan kesejahteraan, keselamatan serta perpaduan seluruh rakyat dan negara Malaysia agar terus hidup dalam harmoni.
Bahkan itu juga , ia dapat memupuk semangat cintakan tanah air melalui pendekatan kerohanian yang dapat memperkukuh nilai kebersamaan jati diri bangsa dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dengan pengisian rohani yang bermanfaat dan memberi keberkatan.
Turut hadir bersama dengan majlis ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn