UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) TELAH MENJEMPUT TUAN PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA BAGI LAWATAN TAPAK PROJEK MUSCLING THE MUSSELS FARMING COMMUNITY

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) TELAH MENJEMPUT TUAN PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA BAGI LAWATAN TAPAK PROJEK MUSCLING THE MUSSELS FARMING COMMUNITY

KUALA MUDA, 07 Oktober 2025 (Selasa) – Lawatan Tapak Projek Muscling The Mussels Farming Community dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia telah diadakan di Teluk Bayu & Pangkalan Tiram Kuala Sungai Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Lawatan ini bertujuan meninjau dan menilai kemajuan pelaksanaan Projek Muscling the Mussels Farming Community di lokasi sebenar serta memberi ruang perbincangan antara agensi pelaksana, pihak teknikal dan komuniti nelayan bagi memperkukuh pelaksanaan projek.
Selain itu juga , ia memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan serta mencapai matlamat meningkatkan pendapatan sosioekonomi komuniti setempat dan menilai potensi pengembangan projek ke kawasan lain sebagai model akuakultur mampan berasaskan komuniti.
Turut hadir bersama dengan lawatan ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Encik Junady Bin Nawawi, Penghulu Mukim Simpor En. Muhammad Sani Bin Saari, Penghulu Mukim Pekula En. Zamri Bin Jamaludin dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn