PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK PASUKAN PILIHAN PEGAWAI DAERAH KULIM VS PASUKAN PILIHAN MUKIM SEDIM
![]() |
![]() |
11 OKTOBER 2025 | SABTU
Perlawanan Persahabatan Bola sepak di antara pasukan Bola sepak Pilihan Pegawai Daerah Kulim vs Pasukan Bola sepak Pilihan Sedim dan berkesudahan pasukan Pilihan Pegawai Daerah Kulim menang 1 gol tanpa balas.Di antara para pemain pilihan pegawai Daerah Kulim adalah seperti YB Baddrol Bakhtiar, Nelson San Martin,Nor’Azam Ishak dan Amirul Nizam. Turut bersama hadir adalah, Bekas Pemain Import Hijau Kuning iaitu Marlon James,Hugging dan banyak lagi Bekas Bintang Pasukan Hijau Kuning yang turut hadir bersama.Alhamdulillah program telah mendapat sambutan yang cukup meriah dari Masyarakat Daerah Kulim.Setinggi Penghargaan dan Terima kasih diucapkan kepada seluruh Masyarakat Daerah Kulim yang memberikan kerjasama sepenuhnya dan hadir beramai – ramai bersama keluarga untuk memeriahkan suasana pada hari ini.