KEBERANGKATAN DYTM RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID PEKAN GURUN

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

KEBERANGKATAN DYTM RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID PEKAN GURUN

KUALA MUDA, 19 Disember 2025 (Jumaat) – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah telah berkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Pekan Gurun Sungai Petani Kedah Darul Aman pada hari ini bersama kira-kira 500 orang jemaah terdiri daripada masyarakat setempat.

Keberangkatan DYTM Raja Muda Kedah turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun YB Baddrol Bin Bakhtiar, YDH Dato’ Paduka Dr. Syeikh Fadzil bin Awang Mufti Negeri Kedah, YDH Datuk Adzli bin Abu Shah Ketua Polis Kedah, YDH SUPT Tuan Saravanan a/l Shamuggam Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Daerah Serta Wakil-Wakil Jabatan.

Kehadiran DYTM Raja Muda Kedah menzahirkan hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan serta penghayatan nilai-nilai keagamaan dalam kalangan masyarakat.

advanced-floating-content-close-btn