PENYERAHAN SUMBANGAN WANG ZAKAT DAERAH KUALA MUDA OLEH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (BSMM) DAERAH KUALA MUDA

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PENYERAHAN SUMBANGAN WANG ZAKAT DAERAH KUALA MUDA OLEH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (BSMM) DAERAH KUALA MUDA

KUALA MUDA, 22 Disember 2025 (Isnin) – Pengerusi Bulan Sabit Merah Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah memberikan Penyerahan Sumbangan Wang Zakat Daerah Kuala Muda yang diadakan di Bilik Pegawai Daerah Kuala Muda Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Penyerahan ini adalah untuk menyampaikan sumbangan wang zakat kepada golongan asnaf yang layak bagi meringankan beban kewangan dan keperluan asas penerima serta memperkasakan peranan Persatuan Bulan Sabit Merah (BSMM) Daerah Kuala Muda dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan selaras dengan nilai ihsan dan keprihatinan sosial.

Selain itu juga, mengukuhkan kerjasama antara BSMM dengan agensi kerajaan, institusi zakat serta pihak berkepentingan dalam usaha membantu masyarakat setempat dan menyemai semangat keprihatinan, kesukarelawanan tanggungjawab sosial dalam kalangan ahli BSMM dan masyarakat umum.
advanced-floating-content-close-btn