PROGRAM PEGAWAI DAERAH TURUN KAMPUNG BERSAMA MASYARAKAT KULIM
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 12/1/2026 (Isnin) – Program Pegawai Daerah Kulim Turun Kampung Berjumpa dengan Masyarakat Kulim, bertempat di Masjid Al – Muthmainnah, Jalan Tunku Bendahara, Kulim. Program dimulakan dengan Solat Maghrib Berjemaah, diteruskan dengan sessi soal jawab bersama masyarakat setempat. Selesai solat Isyak berjemaah program diteruskan dengan beramah mesra bersama masyarakat setempat. Alhamdulillah program pada malam ini berjalan dengan lancar dan harmoni. Turut bersama adalah Encik Hasnizam bin Jahari (Penghulu Mukim Kulim) dan beberapa Kakitangan PDT Kulim. Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato Zainal bin Haji Adam (Penasihat Masjid Al – Muthmainnah), Imam Masjid, AJK Masjid dan juga seluruh masyarakat setempat yang hadir menjayakan program pada malam ini. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus berkekalan hendakNya. Salam Hormat dari saya Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi (Pegawai Daerah Kulim).








Views Today : 2047
Total views : 4253887



