LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA MUDA
18 Januari 2026 (Ahad) – YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK., Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda bertempat di Bilik Mesyuarat Aras Bawah Blok A Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda pada pukul 9.30 pagi.
Ketibaan YBhg. Dato’ telah disambut oleh Tuan Azmin bin Zainol Abidin, SDK., AMK., BCK., Pegawai Daerah Kuala Muda. Turut hadir mengiringi ialah Tuan Rinizan bin Razali, AMK., BCK., Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), Encik Mohd Ikhmal Fikri bin Amjad, Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan dan Teknikal), Encik Abu Hurairah bin Mohd Asri Redha, Penolong Pegawai Daerah (Hasil) serta ketua-ketua unit Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pentadbiran tanah di Daerah Kuala Muda,. Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan, pengurusan hasil tanah serta penguatkuasaan undang-undang tanah agar lebih cekap dan berkesan.
YBhg. Dato’ turut menzahirkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh warga Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda serta berharap hubungan kerja yang erat antara jabatan negeri dan daerah dapat terus diperkukuh demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.



Views Today : 2448
Total views : 4274740



