MAJLIS AMANAT DATO’ SERI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERSAMA PENJAWAT AWAM DAERAH PENDANG
20 Januari 2026 (Selasa) telah berlangsung Majlis Amanat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bersama Penjawat Awam Daerah Pendang bertempat di Dewan Cenderawasih, Majlis Daerah Pendang.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pegawai Daerah Pendang. Seterusnya, ucapan amanat oleh Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang menekankan kepentingan integriti, disiplin serta komitmen tinggi dalam kalangan penjawat awam. Beliau turut menyeru agar setiap penjawat awam meningkatkan kecekapan, memperkukuh kerjasama antara jabatan serta mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berfokuskan rakyat.Majlis turut diserikan dengan pelancaran inisiatif ‘Go Pendang’ sebagai simbol komitmen berterusan ke arah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam di Daerah Pendang.
Turut hadir Pegawai Daerah Pendang, Tuan Nasrun bin Mohd Sheriff, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), Encik Muhammad Hamdi bin Abdullah Zawawi, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Daerah), Puan Norfazni binti Mustaffa, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Encik Mohd Zhafri bin Mohd Zohdi serta Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Encik Mohamad Syafiq Shalihin bin Mohamad Noor.





Views Today : 2448
Total views : 4274740



