KUNJUNGAN HORMAT DARI PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA MUDA
KUALA MUDA, 20 Januari 2026 (Selasa) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin menerima kunjungan hormat dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda yang telah diadakan di Dalam Pejabat Pegawai Daerah Kuala Muda Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Kunjungan hormat ini sebagai memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda serta membincangkan hal-hal berkaitan kesihatan awam di peringkat daerah termasuk isu semasa, cabaran pelaksanaan serta keperluan sokongan pentadbiran.
Selain itu juga, ia dapat bertukar pandangan dan maklumat berkaitan perancangan program kesihatan komuniti demi kesejahteraan penduduk Daerah Kuala Muda serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan menyeluruh.



Views Today : 627
Total views : 4275602



