PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM DAN AMANAT PEGAWAI DAERAH KULIM
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 03 Februari 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang berlansung pada pagi ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah kulim, Tuan Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi, selaku Ketua Jabatan serta bersama seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Perhimpunan pagi ini telah diadakan pada pukul 7.30 pagi dan dimulakan dengan pemeriksaan barisan, bacaan doa dan menyanyikan Lagu Negeraku serta Lagu Negeri Kedah, Allah Selamat Sultan. Seterusnya, bacaan ikrar dan Ucapan oleh Pegawai Daerah Kulim. Tuan Pegawai Daerah Kulim turut menyampaikan amanat serta peringatan kepada semua kakitangan agar terus mengekalkan tahap profesional selian meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai. Pada hari ini, turut diraikan sambutan hari lahir kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah kulim bagi bulan Januari, Februari serta Mac yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.








Views Today : 1496
Total views : 4306029



