PENYERAHAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI) BENCANA BANJIR MUKIM MERBOK BULAN OKTOBER 2025
KUALA MUDA, 09 Februari 2026 (Isnin) – Sesi Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir Mukim Merbok Bulan Oktober 2025 yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial Tanjung Dawai Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Penyerahan ini bertujuan meringankan beban kewangan dan membantu keperluan asas penerima dalam tempoh pemulihan pasca bencana serta memastikan proses penyaluran bantuan dilaksanakan secara telus, teratur dan efisien kepada penerima yang layak.
Selain itu juga, keprihatinan dan komitmen kerajaan serta agensi berkaitan terhadap kebajikan rakyat yang terkesan akibat bencana alam dan mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, agensi pelaksana dan komuniti setempat dalam pengurusan dan pemulihan bencana.
Turut hadir bersama dengan sesi penyerahan ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar, Timbalan Pengarah ICU Negeri Kedah (Fizikal) En. Khairul Anwar Bin Ramli, Pegawai-Pegawai APM Daerah Kuala Muda, Penghulu Mukim Merbok En. Hafizul Bin Ahmad Salim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1639
Total views : 4333721



