MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN SIMULASI KECEMASAN BENCANA TAMAN SRI BAYU SUNGAI LALANG
KUALA MUDA, 24 Februari 2026 (Selasa) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Latihan Simulasi Kecemasan Bencana Taman Sri Bayu Sungai Lalang yang telah diadakan di Pejabat Operasi Serantau Gurun Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras perancangan dan pelaksanaan latihan simulasi kecemasan bencana agar berjalan secara teratur, sistematik dan berkesan serta memastikan peranan tanggungjawab setiap agensi terlibat dikenal pasti dengan jelas bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi sebarang bencana dan menguji tahap kecekapan komunikasi, koordinasi dan tindak balas antara agensi penyelamat, jawatankuasa komuniti serta pihak berkaitan.
Selain itu, ia meningkatkan kesedaran dan kefahaman komuniti setempat terhadap tindakan awal yang perlu diambil semasa berlakunya bencana serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pasukan keselamatan, NGO dan komuniti dalam pengurusan bencana.
Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ketua Polis Daerah Kuala Muda YDH ACP Hanyan Bin Ramlan, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuala Muda Kapt (PA) En. Amirul Asyraf Bin Haji Mohamad Mayidin, Wakil-Wakil Agensi, Pegawai-Pegawai Jabatan dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 2451
Total views : 4347542



