MESYUARAT JAWATANKUASA FOCUS GROUP PEMBASMIAN KEMISKINAN DAERAH KUALA MUDA BIL 1 TAHUN 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA FOCUS GROUP PEMBASMIAN KEMISKINAN DAERAH KUALA MUDA BIL 1 TAHUN 2026

KUALA MUDA, 24 Februari 2026 (Selasa) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Kuala Muda Bil 1 Tahun 2026 di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Mesyuarat focus group ini membincangkan mengenai status semasa isu kemiskinan tegar di Daerah Kuala Muda berdasarkan data terkini agensi berkaitan dan menilai keberkesanan pelaksanaan program, inisiatif bantuan pembasmian kemiskinan yang telah dilaksanakan tahun 2026 serta menyelaras peranan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta dalam usaha pembasmian kemiskinan.

Selain itu juga, mesyuarat ini merangka cadangan penambahbaikan serta strategi bersepadu bagi meningkatkan keberkesanan intervensi pembasmian kemiskinan di peringkat daerah dan menyokong usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam mencapai sasaran pengurangan kadar kemiskinan secara mampan di Daerah Kuala Muda.

Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai YB Ustaz Haji Hanif Bin Ghazali, Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, Wakil Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah, Wakil Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Wakil JKM Daerah Kuala Muda, Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Wakil Keda Daerah Kuala Muda, Wakil LKIM Daerah Kuala Muda, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn