MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN & BERBUKA PUASA DAERAH KUALA MUDA
KUALA MUDA, 24 Februari 2026 (Selasa) – Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor telah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan & Berbuka Puasa Daerah Kuala Muda yang berlangsung di Masjid Al Amin Sungai Layar Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Program Penyampaian Sumbangan oleh YAB Menteri Besar Kedah peringkat daerah merupakan inisiatif tahunan yang diadakan sempena bulan Ramadan. Program ini bertujuan untuk menghargai dan membantu golongan seperti guru Al-Quran sukarela, jurumandi jenazah, penggali kubur, bidan kampung, bomoh patah, dan mualaf di daerah Kuala Muda. Program-program ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Kedah dalam menghargai sumbangan golongan yang banyak berjasa kepada masyarakat, terutama dalam bidang keagamaan dan khidmat komuniti.
Turut hadir bersama dengan program ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau YB Ustaz Azizan Bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai YB Ustaz Haji Hanif Bin Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun YB Baddrol Bin Bakhtiar, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda Syeikh Ahmad Muzammil Bin Yub, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar, Wakil Pegawai-Pegawai Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, Penduduk Setempat dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 2451
Total views : 4347542



