PROGRAM TANWIR RAMADAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2026
KUALA MUDA, 05 Mac 2026 (Khamis) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah merasmikan Program Tanwir Ramadan Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2026 yang telah diadakan di Dewan Kenangan Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah.
Penceramah terkenal iaitu Dato’ Syeikh Ahmad Faisol Bin Haji Omar telah di jemput untuk memberikan ceramah Program Tanwir Ramadan ini. Program ini bertujuan mendalami falsafah dan pengajaran bulan Ramadan, memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan mereka terhadap bulan suci ini. Selain itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan Ramadan serta mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan umat Islam.
Turut hadir bersama dengan program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau YB Ustaz Azizan Bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai YB Ustaz Haji Hanif Bin Ghazali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Puan Syafinaz Binti Mohd Said, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En Muhd Hairee Bin Mohkatar, Pegawai-Pegawai Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 871
Total views : 4373876



