MAJLIS PENYERAHAN KAMPUNG ANGKAT MADANI KAMPUNG PADANG MAHLIGAI
KUALA MUDA, 12 April 2026 (Ahad) – Menteri Belia Dan Sukan YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari telah merasmikan Majlis Penyerahan Kampung Angkat Madani yang diadakan di Kampung Padang Mahligai Sidam Kiri Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Majlis ini bertujuan merasmikan penyerahan Kampung Angkat MADANI Kampung Padang Mahligai sebagai simbol komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan komuniti setempat dan memperkenalkan inisiatif serta program pembangunan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan sosial, ekonomi dan infrastruktur penduduk serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan perpaduan komuniti dalam menjayakan agenda pembangunan kampung secara berterusan.
Selain itu, memberi pendedahan kepada penduduk mengenai peranan dan manfaat Kampung Angkat MADANI dalam meningkatkan kualiti hidup dan daya saing komuniti serta mengiktiraf penglibatan dan sokongan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan komuniti dalam menjayakan program ini.
Turut hadir bersama dengan majlis ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka YB Sharir Bin Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau YB Ustaz Azizan Bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam YB Bau Wong, Wakil Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda, Wakil PDRM Daerah Kuala Muda, Wakil Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1275
Total views : 4436174



