JELAJAH MASJID PEGAWAI DAERAH KULIM SIRI KE – 19
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 17 April 2026 – Jelajah Masjid Pegawai Daerah Kulim kali ini ke Mukim Keladi. Program dimulakan dengan Solat Jumaat di Masjid Al – Muqarrabin, Kariah Taman Angsana, Mukim Keladi, Kulim dan seterusnya berjumpa dengan Imam, AJK Masjid.Pegawai Daerah juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada kanak – kanak serta berjumpa penduduk setempat.Turut bersama ke Jalajah Masjid Pegawai Daerah Kulim, adalah Encik Muhammad Izzat bin Tajudin (Pegawai KCS – Lantikan Baru), Encik Nur Izzat Hamizan bin Norizan (Pegawai KCS – Lantikan Baru) dan turut bersama ialah Encik Mohd Afzal bin Ghazali (Penghulu Mukim Keladi) dan beberapa Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Nazri bin Ayob (Imam Masjid Jamek Al – Muqarrabin), seluruh AJK Masjid dan juga seluruh masyarakat setempat yang sudi menerima kunjungan kami.






Views Today : 1215
Total views : 4436114



