MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 28 April 2026 – Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima APC yang terdiri daripada warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Pejabat Daerah Kulim dan Tanah Kulim, serta seluruh kakitangan awam Negeri Kedah Darul Aman.Pengiktirafan ini adalah hasil daripada dedikasi, komitmen tinggi serta integriti dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta inspirasi untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Diharapkan para penerima akan terus berusaha dengan lebih gigih dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Kedah Darul Aman.






Views Today : 712
Total views : 4454044



