MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448 H / 2026 M PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448 H / 2026 M PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 

KULIM, 16 Jun 2026 – Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H / 2026M Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang telah berlangsung di Masjid Ar-Rahmah, Taman Wira Mergong, Alor Setar.
Majlis ini turut diserikan dengan keberangkatan Tuanku Raja Muda Kedah, serta kehadiran Muhammad Sanusi Md Nor, YB Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, barisan EXCO Kerajaan Negeri Kedah, para Pegawai Daerah serta masyarakat setempat.Penganjuran majlis ini bertujuan memohon keampunan, keberkatan dan keselamatan daripada Allah SWT sempena permulaan Tahun Baharu Islam. Di samping itu, ia menjadi wadah kerohanian yang mengingatkan umat Islam terhadap perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan syiar Islam, sekali gus mengajak setiap individu untuk bermuhasabah diri serta memperbaharui azam ke arah kehidupan yang lebih cemerlang, berintegriti dan diberkati.Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini membawa rahmat, kesejahteraan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman serta umat Islam keseluruhannya. Salam Maal Hijrah 1448H.
advanced-floating-content-close-btn