MAJLIS SEKALUNG BUDI, SETULUS INGATAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 01 Julai 2026 – Pegawai Daerah Kulim telah menghadiri Majlis “Sekalung Budi, Setulus Ingatan” yang diadakan bagi meraikan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang bertukar serta bersara daripada perkhidmatan awam.Antara pegawai Kumpulan Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (KCS) yang diraikan sempena pertukaran ialah Encik Iman Hazwan, Encik Ihsan Yahaya dan Encik Muhammad Farhan Fadzil. Turut diraikan ialah Encik Za’abar bin Mohamad Noh yang telah menamatkan perkhidmatan beliau setelah bersara daripada perkhidmatan awam.Majlis yang dianjurkan ini merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan atas segala jasa, komitmen, tenaga, buah fikiran serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Ia juga menjadi simbol penghormatan daripada pihak pengurusan serta seluruh warga kerja bahawa setiap khidmat bakti yang diberikan sentiasa dihargai dan akan terus dikenang.Di samping itu, penganjuran majlis ini turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang masih berkhidmat untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme. Setiap usaha dan sumbangan yang diberikan merupakan aset berharga kepada organisasi dan sentiasa mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan serta rakan sekerja.Seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang diraikan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan. Selamat maju jaya dalam meneruskan amanah di tempat baharu, dan bagi yang bersara, semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta sentiasa dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan kepada perkhidmatan awam.






Views Today : 1230
Total views : 4585983



