ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN KE – 84 TAHUN

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN KE – 84 TAHUN

 

KULIM, 05 Julai 2026 – Pegawai Daerah Kulim telah menghadiri Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-84 Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dan penuh istiadat.Istiadat berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman bersama ahli-ahli Keluarga Diraja Kedah serta para Kerabat Diraja Kedah. Turut hadir ialah para pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta ribuan rakyat yang membanjiri sekitar Bandaraya Alor Setar bagi bersama-sama meraikan sambutan yang penuh bersejarah ini.Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, umur yang panjang serta terus bersemayam dengan penuh daulat dalam memayungi Negeri Kedah Darul Aman.
advanced-floating-content-close-btn