ISTIADAT MENYEMBAH TAHNIAH DAN PENGANUGERAHAN DARJAH – DARJAH SERTA BINTANG – BINTANG KEBESARAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN NEGERI KEDAH KE – 84 TAHUN

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

ISTIADAT MENYEMBAH TAHNIAH DAN PENGANUGERAHAN DARJAH – DARJAH SERTA BINTANG – BINTANG KEBESARAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN NEGERI KEDAH KE – 84 TAHUN

 

KULIM, 05 Julai 2026 – Pegawai Daerah Kulim telah menghadiri Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-84 Tahun 2026 yang berlangsung di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar.Istiadat yang penuh bersejarah ini merupakan antara acara rasmi sempena sambutan ulang tahun keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman sebagai tanda penghormatan kepada individu yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti cemerlang kepada negeri.Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada para Pegawai Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (KCS) yang telah dikurniakan Darjah-Darjah dan Bintang-Bintang Kebesaran pada tahun ini. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, amanah dan integriti demi kemajuan serta kesejahteraan rakyat dan Negeri Kedah Darul Aman.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima. Daulat Tuanku.
advanced-floating-content-close-btn