MESYUARAT PROGRAM HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2026
KUALA MUDA, 17 Ogos 2026 (Isnin) – Pegawai Daerah Kuala Muda Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad telah mempengerusikan Mesyuarat Program Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2026 di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Dua program kecil akan diadakan sempena Program Hari Kebangsaan peringkat Daerah Kuala Muda pada tahun ini iaitu Konvoi Kembara Merdeka & Majlis Bacaan Yaasin dan Doa. Program Konvoi Merdeka akan diadakan pada 26 Ogos 2026 (Rabu) yang melibatkan 10 pitstop di Sekitar Kuala Muda. Majlis Bacaan Yaasin akan diadakan pada 27 Ogos 2026 (Khamis) di Masjid Abu Bakar As Siddiq Bakar Arang.
Turut hadir bersama En Muhd Hairee bin Mohkatar Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran Dan Kewangan) serta Warga Kerja Pejabat Daerah Kuala Muda.



Views Today : 1102
Total views : 4663392



