MAJLIS PERASMIAN KILANG FEROTEC MANUFACTURING MALAYSIA SDN.BHD (KULIM PLANT 2)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 28 Oktober 20226 (Rabu) – Pegawai Daerah Kulim telah mengiringi YAB Datoβ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman, bagi menghadiri Majlis Perasmian Kilang Ferrotec Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. (Kulim Plant 2) yang berlangsung di Mukim Padang Meha, Kulim.Turut hadir bersama ialah YB Datoβ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah. Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Pembukaan kilang kedua Ferrotec ini merupakan satu perkembangan positif dalam memperkukuh sektor perindustrian di daerah Kulim, di samping berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Semoga kehadiran fasiliti baharu ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, merancakkan aktiviti ekonomi serta menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran Negeri Kedah Darul Aman.






Views Today : 1038
Total views : 4767242



