PERUTUSAN KETUA JABATAN

Pegawai Daerah Padang Terap
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap. Laman web ini diwujudkan bagi memudahkan capaian maklumat oleh seluruh masyarakat. Selain itu, platform ini juga bertujuan untuk penambahbaikan sistem penyampaian pentadbiran dan pengurusan Daerah dan Tanah Padang Terap. Pentadbiran ini juga sedaya upaya menyempurnakan hasrat pelanggan dan mengurangkan kerenah birokrasi demi kesejahteraan rakyat di Daerah Padang Terap khususnya dan Negeri Kedah amnya.
Mekanisma ini juga bertujuan bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara pegawai dan kakitangan jabatan itu sendiri iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap serta Majlis Daerah Padang Terap. Di samping itu, pentadbiran ini juga ingin memperkukuhkan kerjasama erat sesama agensi dan memperkemaskan hubungan di antara Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daerah Padang Terap bagi mencapai matlamat berpaksikan pembentukan sebuah daerah contoh serta berusaha menyelesaikan segala masalah yang membelenggu rakyat dari segi sosial, ekonomi, pendidikan dan infrastruktur di daerah Padang Terap
Daerah Padang Terap juga merupakan daerah yang akan membangun dengan adanya Projek Bandaraya Getah (Kedah Rubber City). Dengan wujudnya pembangunan zon industri ini, peluang pekerjaan yang luas bakal ditawarkan kepada rakyat di daerah Padang Terap sekaligus dapat meminimakan garis kemiskinan dan bersedia mendepani cabaran era globalisasi yang akan datang.
Adalah diharapkan agar Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap ini mampu menjadi penghubung antara jabatan dengan orang ramai. Maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman web ini juga diharap dapat membantu semua pihak yang ingin berurusan dengan pentadbiran ini. Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan.
Sekian, terima kasih.