Banci Penduduk

Banci Penduduk

Banci Penduduk?
Jabatan Perangkaan Malaysia akan melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dalam dua fasa bermula 7 Julai 2020 hingga 30 September 2020 dan 7 Oktober 2020 hingga 24 Oktober 2020. Fasa pertama yang bermula 7 Julai 2020, kaedah pengumpulan data akan dijalankan secara dalam talian manakala fasa kedua bermula 7 Oktober 2020, data dikumpul secara bersemuka.

Kenapa Perlu Banci?

Untuk mendapatkan stok penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci pada suatu masa bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk.

Anda boleh mencari pelbagai maklumat banci di www.mycensus.gov.my.

Kami akan memastikan bahawa semua maklumat individu yang dikumpul adalah sulit dan tidak akan didedahkan di bawah Akta Banci 1960 (disemak 1969) dan Akta Perangkaan 1965 (disemak 1989)

Jangan lupa Hari Banci pada 7 Julai 2020

Pastikan anda dibanci.