Bengkel Latihan Penggunaan Aplikasi e-Charting Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu

Bengkel Latihan Penggunaan Aplikasi e-Charting Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu

KUBANG PASU 02 Dis– Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Bengkel Latihan Penggunaan Aplikasi e-Charting pada 02 Disember 2019 (Isnin) bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu. Unit-unit yang terlibat dalam bengkel ini ialah Unit Teknikal, Unit Pelukis Pelan, Unit Pelupusan Tanah, Unit Ubah Syarat, Unit Pengambilan, Unit Bahan Batu dan Unit Teknologi Maklumat. Latihan penggunaan e-Charting ini telah disampaikan oleh En. Syahar Pauzi Che Pi, Penolong Pegawai Tanah (Pejabat pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah).