Cara Permohonan Pusaka Kecil
Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil
(Nilaian Harta Tidak Melebihi RM 2 Juta)
Cara Memohon:
- Permohonan pembahagian harta pesaka kecil bolehlah dibuat dimana-mana Pejabat Daerah dan Tanah.
- Maklumat dan Dokumen yang diperlukan:
-
- Mengisi BorangN A (borang permohonan) dengan lengkap
- Salinan kad pengenalan/ surat beranak semua waris
- Salinan sijil mati
- Salinan geran-geran terlibat (versi terkini)
- Salinan resit hasil tanah(terkini)
Apa yang perlu anda lakukan?
Langkah 1 : Proses Pengisian Borang “A”
- Borang permohonan waris si mati (petisyen)
- Dokumen yang diperlukan:
- 1 salinan sijil kematian simati
- 1 salinan kad pengenalan bagi setiap waris yang berhak
- 1 salinan surat beranak (bagi bukan islam)
- 2 salinan CARIAN (RASMI/ PERSENDIRIAN)Geran Versi Terkini (RM 75.00)+ pelan
- 1 salinan buku akaun bank/ Penyata KWSP/ASN dan lain-lain sekiranya ada
- 1 salinan geran kenderaan atas nama simati sekiranya ada(NILAIAN KENDERAAN perlu dibuat dimana-mana kedai kenderaan yang berdekatan)
Langkah 2: Daftar Permohonan
- Borang”A” yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan akan diserahkan kepada Unit pembahagian Pusaka kedah Tengah Aras 3, Zon A, Wisma Persekutuan Anak Bukit.
- Pihak JKPTG (Unit Pembahagian Pusaka) akan menghantar surat akuan terima kepada pemohon/ pempetisyen dan memaklumkan tarikh jangkaan perbicaraan.
Langkah 3 : Perbicaraan
- Pemohon dikehendaki menunggu sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan oleh pihak JKPTG (Unit Pembahagian Pusaka). Makluman adalah melalui Borang D/S – Notis Petisyen dan Pendengaran atau melalui panggilan telefon.
- Semua waris dikehendaki hadir semasa perbicaraan dijalankan.
**Perlu membayar 0.2% dari nilaian harta (harta alih/ harta tak alih)
Langkah 4 : Daftar Surat perintah Pembahagian (Borang E/F/T)
- Borang perintah dikeluarkan selepaas 1 bulan proses perbicaraan dijalankan
- Sila semak Borang E/F/T (bernilai RM 50.00 per perintah) yang diperoleh jika terdapat kesilapan untuk mengelak sebarang kesulitan di masa hadapan.
- Pemohon dikehendaki menyerahkan surat perintah tersebut di pejabat tanah yang berkaitan beserta dengan geran asal dan resit cukai tanah yang tekini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Pejabat Pesaka, Alor Setar (HQ)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan Negeri Kedah,
Aras 3, Blok A bangunan Wisma Persekutuan
06550 bandar Muazam Shah
Kedah Darul Aman, Malaysia
No. Telefon: 04-7001600 | No. Faks: 04-7001610
Pegawai yang boleh dihubungi:
Puan Raihan (Unit Pembahagian Pesaka Kecil)
No. Telefon: 04- 7001617
Sila layari portal rasmi JKPTG untuk maklumat lanjut : http://www.jkptg.gov.my