“DO KUBANG PASU TURUN PADANG”

“DO KUBANG PASU TURUN PADANG”

KUBANG PASU 14 JUN-Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato’ Haji Fisol bin Md Noh melawat pejabat penghulu Mukim Kepelu iaitu Encik Helmey bin Mohd Saad. Meninjau keaadaan sekitar Pekan Kodiang, Mukim Kepelu dalam tempoh PKPP ini semada peniaga dan masyarakat setempat mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan pada 14 Jun 2020 (Ahad).
Pegawai Daerah ingin memastikan semua penghulu mukim memantau dan membimbing masyarakat supaya mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan pencegahan penularan Covid-19 dapat dijayakan. Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi kepada semua agensi kerajaan, ‘frontliners’ dan masyarakat setempat bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ini.
P/S: 1) Jom pakat pi rasa pasembor Kodiang
        2) Nama Kodiang berasal dari bahasa Siam ‘kok deng’ yang membawa maksud bukit merah.