Fun Run & Sukan Rakyat Sempena Mini Karnival Pesta Saloma Chombie x Malaysia Day
KUALA MUDA, 16 September 2025 (Selasa) – Alhamdulillah, program Fun Run & Sukan Rakyat telah berjaya dianjurkan dengan penuh meriah di Pantai Merdeka. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara di samping mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin Turut hadir memeriahkan acara ialah Pengerusi Merdeka Beach Resort, Penghulu Mukim Daerah Kuala Muda, wakil Ketua Polis Daerah Kuala Muda serta Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir serta masyarakat setempat yang turut serta menjayakan program ini. Sokongan anda semua amatlah dihargai.




