FUNGSI

FUNGSI

FUNGSI PEJABAT DAERAH BANDAR BAHARU

Pejabat daerah melaksanakan lima fungsi iaitu pentadbiran am dan kewangan, pembangunan sosial, pembangunan fizikal, penyelarasan mukim dan keselamatan.
Pegawai Daerah berperanan sebagai perancang, penyelaras, pemantau dan pelaksana program di peringkat daerah.
Fungsi dan peranan tersebut dikendalikan melalui Jawatankuasa-jawatankuasa kerja tindakan daerah. Pegawai Daerah juga menganggotai jawatan tetap di peringkat negeri.
Beliau juga berperanan menyelaras program anjuran Kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat daerah termasuk juga Pihak Berkuasa Tempatan.

FUNGSI PEJABAT TANAH BANDAR BAHARU

Pentadbiran tanah negeri kedah darul aman adalah organisasi yang bertanggingjawab untuk membantu kerajaan negeri bagi meningkatkan perolehan kewangan kerajaan negeri.
Menguruskan pembangunan tanah supaya ianya dijalankan secara teratur dan terancang serta menepati kehendak-kehendak peraturan undang-undang.
Memastikan khidmat yang diberi sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dalam masa yang telah ditetapkan selagi ianya tidak melanggar undang-undang dan peraturan.
Menasihati pihak berkuasa negeri berkaitan dengan penggubalan.
Menyediakan maklumat serta data asas yang diperlukan untuk analisa perancangan dan pengurusan tanah.
Mengawal pelupusan tanah di kawasan-kawasan tertentu seperti rizab hutan simpan dan lain-lain rizab kerajaan.
Menyimpan, mengurus dan mengemaskini dokumen-dokumen hakmilik tanah.
Menganjurkan program latihan dan kursus kepada kakitangan pentadbiran tanah.