GURUN INTERNATIONAL MUAYTHAI FIGHT NIGHT 2025

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

GURUN INTERNATIONAL MUAYTHAI FIGHT NIGHT 2025

KUALA MUDA, 21 & 22 November 2025 (Jumaat & Sabtu) – Tuan Azmin Bin Zainol Abidin Pegawai Daerah Kuala Muda telah menghadiri Gurun International Muaythai Fight Night 2025 yang berlangsung di Dewan Zhong Hua Taman Gurun Jaya Gurun Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Tujuan penganjuran gurun international muaythai fight night ini adalah mempromosikan sukan Muaythai di peringkat antarabangsa meningkatkan pengiktirafan Gurun sebagai lokasi penganjuran kejohanan bertaraf dunia serta menarik minat atlet dan peminat sukan tempur dari pelbagai negara serta mengasah bakat atlet tempatan dan meningkatkan tahap kompetitif mereka
memberi peluang kepada atlet Muaythai Malaysia, khususnya dari Kedah, untuk bersaing dengan atlet antarabangsa dan meningkatkan prestasi serta pengalaman profesional bahkan memupuk hubungan kerjasama antarabangsa
mengukuhkan jaringan sukan antara Malaysia dan negara-negara peserta melalui penganjuran kejohanan yang mempromosikan pertukaran kepakaran dan budaya.
Selain itu juga, meningkatkan ekonomi setempat melalui sektor pelancongan dan perniagaan menarik kehadiran pelancong sukan, peniaga kecil, pengusaha makanan serta penyedia perkhidmatan setempat, sekaligus merancakkan ekonomi tempatan sepanjang acara berlangsung serta nembangunkan imej Gurun sebagai hab sukan dan acara bertaraf tinggi menjadikan Gurun sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran acara sukan tempur dan rekreasi pada masa kini dan masa hadapan.
Turut hadir bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan) YB. Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din, Ahli Parlimen Jerai YB Tuan Sabri Bin Azit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun YB Baddrol Bin Bakhtiar, Wakil-Wakil Jabatan, Peserta-Peserta Kejohanan dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn