ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
ALOR SETAR, 31 Ogos 2026 – Pejabat Daerah dan Tanah Kulim turut mengambil bahagian dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, pada pagi tadi.Istiadat penuh bersejarah ini telah diserikan dengan keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah, DYTM Tuanku Raja Muda Kedah dan DYAM Tunku Mahkota Kedah yang berkenan berangkat mencemar duli bagi menyaksikan istiadat tersebut.
Kemeriahan sambutan turut dirasai dengan kehadiran ribuan masyarakat dari seluruh pelusuk Negeri Kedah Darul Aman yang membanjiri Dataran Medan Bandar seawal jam 6.00 pagi bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pasukan Kawad Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang telah memberikan komitmen serta beraksi dengan penuh semangat dan disiplin sepanjang perbarisan dan perarakan berlangsung.Walaupun keputusan pada tahun ini belum memihak kepada pasukan kita, semangat juang dan usaha yang ditampilkan amat membanggakan. Insya-Allah, kita akan terus berusaha memperbaiki prestasi dan memberikan yang terbaik pada tahun hadapan.Pejabat Daerah dan Tanah Kulim mengucapkan tahniah kepada pasukan Kawad Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) yang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Kawad pada tahun ini. Kejayaan ini pastinya menjadi kebanggaan seluruh warga Kulim.
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲-𝟲𝟵
Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama menjunjung kecintaan kepada tanah air tercinta.






Views Today : 702
Total views : 4668063



