JELAJAH MASJID PEGAWAI DAERAH KULIM SIRI KE-13
![]() |
![]() |
12/12/2025
Jelazah Masjid Pegawai Daerah Kulim Siri Ke-13, Kali ini ke Kampung Sungai Limau, Mukim Lunas, Kulim, Program dimulakan dengan Solat Jumaat di Masjid Tunku Abdurrahman Putra, dan seterusnya berjumpa dengan Imam, AJK Masjid dan juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada kanak – kanak dan seterusnya berjumpa bersama para penduduk setempat.
Turut bersama ke Jalajah Masjid Pegawai Daerah Kulim, adalah Encik Rostam bin Hussin (Penghulu Mukim Lunas) dan beberapa Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada, Ustaz Shahril Adzhar bin Abu Samah (Imam Masjid Tunku Abdurrahman Putra), para AJK Masjid dan seluruh masyarakat setempat yang sudi menerima kunjungan kami sebentar tadi.
Semoga ukhwah dan persaudaraan sesama kita akan berpanjangan dan semoga Allah SWT merahmati kita semua.




Views Today : 1905
Total views : 4215580



