JELAJAH MASJID PEGAWAI DAERAH KULIM SIRI KE-16

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

JELAJAH MASJID PEGAWAI DAERAH KULIM SIRI KE-16

 

KULIM, 02 Januari 2026 (Jumaat) – Program Mukim Nagalilit, dimulakan dengan Solat Jumaat di Masjid Jannatul Makwa, Kampung Nagalilit, Kulim dan seterusnya berjumpa dengan Imam, AJK Masjid dan juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada kanak – kanak dan seterusnya berjumpa bersama para penduduk setempat.

Turut bersama dalam Jelajah Masjid Pegawai Daerah Kulim, adalah Encik Muhammad Ameer bin Ashraff (Penghulu Mukim Nagalilit) dan beberapa Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.
Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Iman Jubit (Imam Masjid Jannatul Makwa), seluruh AJK Masjid dan juga seluruh masyarakat setempat yang sudi menerima kunjungan kami sebentar tadi.
advanced-floating-content-close-btn