JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PELAJAR SPM 2025
KUALA MUDA, 11 September 2025 (Khamis) – Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Hadir bersama Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda telah merasmikan Majlis Perasmian dan Penutup Program Kecemerlangan Pendidikan Pelajar – Skor Subjek Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sesi Pertama Tahun 2025. Program ini dianjurkan oleh INSPIN Kedah dan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Ia bertujuan memberikan motivasi dan sokongan moral kepada pelajar Zon Pendang, Yan dan Kuala Muda yang akan menduduki peperiksaan SPM bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka.